Profil

MATLAMAT 


Memastikan semua murid warganegara Malaysia di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan serta SMAR menikmati pendidikan percuma melalui faedah SPBT



OBJEKTIF 

Terdapat dua objektif SPBT:


  • Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga 
  • Memastikan murid warganegara Malaysia menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi baru persekolahan.




 DASAR KELAYAKAN SPBT SERATUS PERATUS 


Pada 7 September 2007, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengambil kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan SMAR berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008 (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007 –Lampiran 1)



PAKEJ BUKU TEKS
Pakej Buku Teks merujuk kepada bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperaku oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang berikut:
  1. Buku Teks

Buku yang digunakan oleh murid sebagai buku yang diperaku oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

  1. Buku Latihan dan Aktiviti (BLA)

Buku Latihan dan Aktiviti digunakan di sekolah rendah Tahap 1 sahaja. Buku ini dikategorikan sebagai ‘buku pakai terus’ yang digunakan oleh murid dalam proses pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Murid boleh mencatat jawapan di dalam BLA.

PERPINDAHAN/PERTUKARAN MURID
Perpindahan dalam negeri dan antara negeri, murid dikehendakai membawa bersama-sama:
  • ·         Buku Teks
  • ·         BLA
  • ·         Surat iringan daripada sekolah asal (rujuk lampiran 2)


Pertukaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau sekolah swasta:
  • ·         Murid dikehandaki memulangkan semua buku teks SPBT di sekolah asal.



KELAYAKAN MURID
Penentuan kelayakan adalah berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan murid. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima bantuan buku teks SPBT. Manakala murid yang bukan warganegara Malaysia tidak layak menerima bantuan SPBT.



No comments:

Post a Comment